Monday, 19 June 2017

Cerita Bulan 6

Asyraf : Kerja macam mana?
Talhah : Hm, macam tu lah. Penat sikit
Asyraf : Haa, baru kerja dah penat? Macam mana ni? 
Talhah : Entahla wei, stress
Asyraf : Ni, aku nak kenalkan kau dengan someone ni. Farina. Kawan sekolah aku. Cun pun cun, sopan plak tu. Doktor gigi. Ni insta dia, aku dah suruh dia approved kau. Cepat add dia
Talhah : Kau dah kenapa tiba-tiba suruh aku add perempuan ni? 
Asyraf : Alaa, add je la. Kenal-kenal. Kau kena kahwin bila dah kerja ni. Serius. Ada orang jaga makan pakai kau. Kau stress ada orang boleh tenangkan. 
Talhah : Hmmmmmmm, iyelah nanti aku add. Dah malam buta nanti pelik plak aku add waktu sekarang.
Asyraf : Ok, esok make sure kau add dia.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Betul lah orang kata. Dunia belajar dan bekerja tu beza. Sungguh berbeza. Aku masih lagi dalam fasa menyesuaikan diri dengan persekitaran dan environment yang baru. Banyak kena belajar. Kena cepat. Kena rajin. Kena positif

Terkadang sebelum aku melelapkan mata, sempat aku memikirkan apa yang Asyraf katakan pada aku. Dah bekerja, masa untuk mencari seorang perempuan sebagai pendamping diri, sebagai sumber motivasi dan penyeri.

Tapi, again, mungkin mudah bagi seorang lelaki yang normal. Maksud aku yang bernafsu dan berperasan kepada seorang wanita. Memang ternanti-nanti masa yang sesuai untuk berumah tangga dan bercinta hingga ke syurga.

Tapi, bagi aku itu satu perkara yang sukar. Tipulah kalau aku tak pernah terfikir nak kahwin, mendirikan rumahtangga dan hidup macam orang lain, beranak pinak dan bekeluarga. Pernah je terfikir, tapi sampai macam tu je lah.

Ujian. Aku percaya ini ujian dari Dia. Ada je perempuan yang aku berkenan dekat tempat kerja ni. tapi aku takut. Sebab aku tahu aku tak mampu.

Dan akhirnya, aku sekadar merenung kipas yang berpusing di siling bilik, menunggu mata terlelap dan menanti hari esok.

Dan semua berulang sehingga bila aku pun tak pasti

p/s : Sampai sekarang aku tak add insta Farina lagi.

4 comments:

  1. Waktu masih study ni selalu ingatkan diri jangan complain study tu susah sebab nanti dah kerja lagi susah. Semoga tabah talhah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Kahlil :)
      Sedang tabah menghadapi fasa pekerjaan yang asing. doakan please

      Delete
  2. Tak lama ada la tu yang tanya "bila nak kawen?".. Semoga tabah! ekekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha skrg pun ad je yg tanya Kamen, cmner tu? krik krik

      Delete