Saturday, 21 October 2017

Sorry

Hello

im still here. Breathing in and out still

but my life is super duper busy at the moment

wont be writing like i used to when i was a jobless guy

sorry

Monday, 19 June 2017

Cerita Bulan 6

Asyraf : Kerja macam mana?
Talhah : Hm, macam tu lah. Penat sikit
Asyraf : Haa, baru kerja dah penat? Macam mana ni? 
Talhah : Entahla wei, stress
Asyraf : Ni, aku nak kenalkan kau dengan someone ni. Farina. Kawan sekolah aku. Cun pun cun, sopan plak tu. Doktor gigi. Ni insta dia, aku dah suruh dia approved kau. Cepat add dia
Talhah : Kau dah kenapa tiba-tiba suruh aku add perempuan ni? 
Asyraf : Alaa, add je la. Kenal-kenal. Kau kena kahwin bila dah kerja ni. Serius. Ada orang jaga makan pakai kau. Kau stress ada orang boleh tenangkan. 
Talhah : Hmmmmmmm, iyelah nanti aku add. Dah malam buta nanti pelik plak aku add waktu sekarang.
Asyraf : Ok, esok make sure kau add dia.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Betul lah orang kata. Dunia belajar dan bekerja tu beza. Sungguh berbeza. Aku masih lagi dalam fasa menyesuaikan diri dengan persekitaran dan environment yang baru. Banyak kena belajar. Kena cepat. Kena rajin. Kena positif

Terkadang sebelum aku melelapkan mata, sempat aku memikirkan apa yang Asyraf katakan pada aku. Dah bekerja, masa untuk mencari seorang perempuan sebagai pendamping diri, sebagai sumber motivasi dan penyeri.

Tapi, again, mungkin mudah bagi seorang lelaki yang normal. Maksud aku yang bernafsu dan berperasan kepada seorang wanita. Memang ternanti-nanti masa yang sesuai untuk berumah tangga dan bercinta hingga ke syurga.

Tapi, bagi aku itu satu perkara yang sukar. Tipulah kalau aku tak pernah terfikir nak kahwin, mendirikan rumahtangga dan hidup macam orang lain, beranak pinak dan bekeluarga. Pernah je terfikir, tapi sampai macam tu je lah.

Ujian. Aku percaya ini ujian dari Dia. Ada je perempuan yang aku berkenan dekat tempat kerja ni. tapi aku takut. Sebab aku tahu aku tak mampu.

Dan akhirnya, aku sekadar merenung kipas yang berpusing di siling bilik, menunggu mata terlelap dan menanti hari esok.

Dan semua berulang sehingga bila aku pun tak pasti

p/s : Sampai sekarang aku tak add insta Farina lagi.

Thursday, 11 May 2017

tind-er

" Dan bila kau hadir bagai satu misteri, ternyata diriku bagai sudah dijampi"

Okay, itu random je. Petikan daripada lagu baru Hael. Boleh tahan sedap dan suara dia memang menarik, hence it is on repeat list dalam spotify aku hehe

Bukan main busy seketul Talhah sejak akhir-akhir ni. Nak kata ada kerja tak jugak, entah apa yang busynya aku pun tak tahu haha. Oh yeah, aku akan start kerja bulan May ni,  like finally guys. Lama betul aku tanam anggur, kalau bukak kilang anggur, aku dah boleh jual arak sekali sebab lama sangat aku peram buah-buah anggur tu. Terlebih fermented jadi arak terus anggur-anggur gue itu lol

Hm, lepas ni mungkin susah dah lah kot aku nak menghapdate blog kesayangan ni, tapi worry not, I will try my best to post at least once per month. Ceh, tah-tah time kerja nanti makin galak berbelog. Sembang je lebih 

Okay, kali ni nak bercerita sikit tentang apps tinder, well apps cari jodoh katanya untuk pelbagai lapisan masyarakat, baik yang lurus atau bengkok. Aku pernah donwload apps ni dahulu, tapi macam tak reti pulak nak main, last-last delete. Sampai lah suatu ketika, aku nak download balik tinder, saje nak test market katanya, because to me tinder is a lot better than grindr lah, sebab tinder lebih jujur, telus dan mutakhir *tetibe.




Sebab apa aku lebih prefer tinder?

  • Dia connected with facebook. Hence, your facebook's name is used. And mostly kat facebook kita pakai nama betul kan, so lagi senang la nak tahu who is that person.
  • Mostly professional and no 'NPNC' or 'NPGB' method lol
  • Simple. If kita berminat kat someone ni, kita swipe kanan and the other party did the same, hence we are matched! So macam tak bertepuk sebelah tangan sangat lah hiks

And mostly profile kat tinder ni Chinese, Malay ada lah jugak, and ramai yang helok! tapi sayangnya yang helok akan swipe kanan untuk yang helok jugak. Jadi terkapai-kapailah Talhah menunggu match yang tak berkunjung tiba wakaka

And one day, my very first match appeared! Excited lah jugak, well first time, mestilah excited kan? huhu So kami pun borak2 lah dalam tinder tu. Well, nothing much pun, just tanya khabar and a little bit of introduction.

Well, dalam tinder ni senang je nak tahu someone tu tak lurus. If a guy swipe right for a guy, confirm sesuatu until proven otherwise. Or else, that guy is an insurance agent, looking for a new potential customer. Or boleh jadi both, seorang penjual insurance yang bengkok. 

Banyak jugak kenalan or acquaintances yang jumpa dalam tu. Bersepah. And I am not surprised pun jumpa those people dalam apps tu hehe

Termasuklah terjumpa TALIB dalam tu kah kah

p/s well, aku tahu je Talib ada tinder, and likewise :p

Oh yes dan aku dah uninstall balik sebab bosan selalu jumpa orang nak jual insurance je mehhh











Wednesday, 12 April 2017

Kene gigit


Assalamualaikum and hi

Lamanya tak update blog kesayangan ni, dah masuk empat bulan umur dia. Kalau mengandung dah nampak dah baby bump keh keh. Bukan tak nak menulis, nak. Cuma idea tu kurang because nothing exciting really happen in my life apart from my love story with Talib yang makin mekar bak bunga teratai di tasik madu gitu hiks

So orang kata kalau tak ada idea, kita kena cari idea. Banyak options boleh dipilih macam pergilah travel, jalan-jalan ke pantai atau tidur dengan harapan apa yang kita buat itu akan membuahkan idea. Cheh persis penulis novel pulak nak stress cari idea kih kih. Dan aku memilih untuk menulis di satu tempat favourite hideout aku iaitu sebuah kafe berdekatan dengan rumah aku. At least dengan environment yang agak lain daripada biasa, harapnya idea itu datang dan yes it works! haaaa aku mula menulis dan dapat merasakan idea itu datang melimpah ibarat selori coklat tumpah di landang gandum dan akhirnya jadilah 'Koko Krunch!' 

So kali ni nak share sikit la pasal hickey AKA lovebites atau dalam bahasa mudahnya 'Kene gigit'. Siapa yang gigit, sila jawab dalam hati ye hehe

So what is a hickey @ love bite ni?

  • Ia adalah lebam disebabkan oleh saluran darah dibawah lapisan kulit pecah akibat buatan orang
  • Buatan orang disini termasuklah dicium, disedut ataupun digomol oleh mereka yang geram dengan kita XD
  • Reason orang tinggalkan hickey ni mainly sebab nak bagi tanda yang someone ni dimiliki oleh orang yang dicium. ( A mark of possession ) Kira macam kucing la nak tanda kawasan, pancut kencing merata-rata. 
  • Hickey ni boleh membawa gaduh dan menimbulkan rasa malu dan segan kalau ianya terlalu visible kepada kawan-kawan, dan keluarga. Oleh itu, giver kena lah minta permission from receiver, jangan main terjah je okay, because its going to stay there for quite a while.
  • Common places for hickeys are neck and shoulder. 
  • Bergantung kepada individu, hickey ni akan stay for couple of days or weeks even kalau tak dirawat. Tapi basically ianya akan hilang jugak walau buat tak tahu je. Depends kepada tahap kesihatan dan diri sesorang itu jugak.


Hickey/lovebite/kene gigit

Haaa gigit dia!

Both images are taken from google

So bila kita dapat hickey ni, apa yang patut kita buat? Well, macam biasa lebam akan stay buat sementara waktu. It is not going to disappear in a day  unless the hickey is mild and small kot. So antara petua untuk menghilangkan hickey dengan cepat adalah :

1) The cold method
  • Guna ais or anything yang sejuk. Reason behind this is nak limitkan salur darah yang pecah disebabkan buatan orang itu tadi. Bila sejuk, salur darah akan mengecut dan bila mengecut tadaaa kurang lah darah yang keluar daripada vessel darah yang pecah itu. Paham ke? 
  • Untuk letak ais directly atas hickey tu is not recomended, sebaiknya balutlah ais tu dengan kain or lagi better sejukkan sudu dalam freezer and just rush to the fridge and get the spoon and put it on the hickey ASAP. 
  • Tapi method ni kene buat cepat2 lepak kene hickey tu. Effort gak la nak cari benda sejuk lepas kene hickey kah kah

    2) The hot method
    • Recommended selepas 48 jam selepas dihickey 
    • Reasonnya adalah kerana, saluran darah yang pecah itu sudah sembuh, dan yang tinggal hanyalah kumpulan darah yang tersangkut dibawah lapisan kulit je yang meninggalkan kesan lebam. So dengan bagi sedikit haba ianya akan merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan darah yang tersangkut itu untuk diabsorb.
    • Antara benda panas yang boleh diletak ialah kain tuala basah yang direndam dalam air panas. Tapi pandai-pandailah jangan la letak air yang menggelegak, kang melecur pulak. Just agak-agak je ye tahap kepanasan itu
    • Ingat jangan buat less than 48 hours, sebab time tu saluran darah tak sembuh lagi, dan kalau bubuh benda panas, hickey tu akan menjadi lebih BESAR! Nanti menepatilah pepatah, bagai tikus membaiki hickey eh

    3) The pressure method
    • Antara benda yang boleh dipakai ialah sikat atau pun berus gigi
    • Just guna sikat atau berus gigi dan try sikat tempat yang ada hickey itu.
    • Tapi jangan berus dengan terlalu kuat dan kasar, nanti jadi makin teruk pulak. Just do it slow and steady

    4) The ubat gigi method
    • Just tampal ubat gigi dekat tempat yang berkenaan
    • Reason akan increase circulation dan hilangkan hickey macam the hot method tadi
    • Awas, kadang-kadang boleh menyebabkan rasa gatal-gatal

    5) The nyorok-nyorok method
    • Kalau malas nak try method-method dia atas or you did try but not working boleh try method ini ye
    • Kalau hickey tu kat bahagian pangkal leher or bahu agak mudah untuk disorok. Untuk guys boleh pakai baju yang berkolar
    • Boleh apply plaster luka kat tempat hickey dengan alasan kene cakar dengan kucing, atau dipatuk ayam
    • Pakai makeup. Jangan letak lipstick kat situ sudah lah ye
    • Kalau guys yang jenis rambut panjang boleh tutup tempat hickey itu. Kalau rambut panjang lah, kalau pendek sila pakai rambut palsu
    • Pakai tudung
    Okay itu saja untuk kali ini. Jangan ditanya sama ada Talhah pernah kene hickey atau menghickey lol

    Bye

    Always think before giving hickey. Hensem pulak kartun ni hiks

    Talhah, 11:22pm









      Sunday, 12 March 2017

      Stimulus untuk aku

      Assalamualaikum
      Fuhh, agak lama menyepi, boleh tahan lama tak menulis diruangan ini. Bukan apa, sibuk sikit dengan kehidupan sebenar yang membutuhkan keberadaan aku, sibuk memperbaiki diri tapi sebenarnya sibuk melayan kekasih hati, Eh! :p

      Okay, kisahnya kita dah masuk bulan ketiga dalam tahun 2017, hence maksudnya bulan ini aku akan menganjak ke usia baru, penambahan satu tahun dalam angka kehidupan dan pada masa yang sama pengurangan satu tahun jangka hayat hidup aku. Tapi, bila tarikh lahir aku? Adakah pada awal, tengah atau akhir bulan tiga? Hm biarlah rahsia. Kih kih bajet retis je aku ni.

      Dengan penolakan jangka hayat ini, moleklah kiranya kita sentiasa muhasabah diri dengan apa yang telah kita lakukan sepanjang berpuluh tahun hidup ni. It is always good to reflect and learn from your past but do not dwell on your past way too deep. It is like driving a car, in order to overtake a car before you, we need to look at the side mirror as well as the back mirror to move forward carefully and without causing any casualities.

      See, bagus jugak nak lihat masa silam, tapi jangan hidup berteraskan masa silam, kerana hidup ini bergerak dan akan terus bergerak. Hanya lihat masa silam sebagai satu perangsang atau stimulus untuk lebih memacu ke hadapan. Yang penting adalah lakukan yang terbaik setiap hari. Indulge yourself in something you enjoy and love because life is short and give your best in everything you do. Surround yourself with positive-minded people and at the same time appreciate those around you. It is never harm to express your love to them especially to your parents and family kan, dengan kekasih hati pun sama because love is a verb and you need actions to prove it hehe, i love you Talib :p 

      And satu lagi love yourself please. Excluding your family which by default will always love you unconditionally, only you yang akan navigate your life. Your actions today will influence and shape your future, hence again love yourself will ya



      okay, pointnya kat sini bulan March ni birthday aku, cepat wish birthday cepat! :p




      Sunday, 19 February 2017

      Entah-lah

      Entah.

      This is not the first experience, but somehow this very experience left an impact in me. Not big but it is there. Kisahnya, ada seorang perempuan ni approach aku beberapa bulan yang lepas, prolly last October, and asked if I have someone at the moment and I did tell her the truth that I have nobody and in fact tak pernah ada girlfriend and she told me that she would like to know me better. Okay, pada aku it is not wrong to be friends to anybody kan, so aku pun kata okay, not a problem.

      Little did I know that she expects more than just a friend, tapi tipulah kalau aku tak terfikir benda ni, aku terfikir je but just buat tak tahu. A friend is just a friend, thats my principle. Eventually, last month, benda yang aku malas encounter happens. Aku rasa korang boleh agak. Yes she asked how serious I am with this relationship. Tapi aku faham, biasalah bila umur dah menjengah suku abad, kaum wanita ni mesti akan rasa insecure kalau deorang tak ada lelaki untuk dijadikan calon suami.



      Cumanya apa yang membebani fikiran aku ialah dia perempuan yang baik. Yang jaga batas pergaulan, sopan, cantik, pandai and everything good, she owns it. Almost. Senang cerita, calon wanita yang baik untuk dijadikan peneman tulang rusuk kiri. Tapi aku tak boleh tipu diri sendiri. 

      There is a saying goes this way, ' Experiece is the best teacher', and it is indeed true. I did a mistake previously. Selfish and ignorant I was. I did not have the guts to tell the girl who likes me, that I am not ready and keep her hanging for almost 5 years, waiting for a definite answer, but I keep giving her uncertainties. Salah aku jugak susah sangat nak berterus terang because I dont want to hurt her feeling but sooner or later truth will prevail, after so long aku akhirnya berterus terang and told her the bitter truth yang aku anggap dia as my bestfriend, not more but she views our relationship from different angle, and sadly she is no longer my bestfriend or even my friend now sigh.

      Hence, this time aku berterus terang terus dengan perempuan ni, I dont want to repeat the same mistake, keeping her contemplating about this relationship, so I told her that I am not ready and the best is to put a stop to this relationship. She agreed and disappeared since. 

      Entahlah. This is not being selfish, tak ada guna nak tipu kalau hati tidak mahu. Maybe she deserves a better man. Not maybe, definitely she will find the one. Dan aku percaya ini jalan terbaik daripada aku menipu dia, dan menipu diri sendiri.

      So kesimpulannya, aku bagi secebis puisi dari hati;


      " hati ini dicipta untuk dihargai, 
      bukan untuk dipermainkan dan dicampak sesuka hati, 
      Jangan tipu diri sendiri, berterus terang dan jauhi permainan tarik tali, 
      untuk kebaikan kedua-dua parti.
      Hidup sememangnya penuh dengan ujian dari Ilahi,
      Molek untuk kita hadapi dengan senyum dan yakin diri,
      kerana In shaa Allah, aku percaya semua ada hikmah yang tersembunyi 
      kalau bukan disini, diakhirat nanti pasti "




      "

      Entahlah.

      Talhah 11:39pm



      Saturday, 11 February 2017

      Naik 8kg

      Situation 1

      Talhah : U, I tak jadi jogging hari ni. I exercise kat rumah je la
      Talib   : U exercise ape kat rumah? Mengangkang tanpa henti?
      Talhah : Eee orang exercise lah, angkat dumbell, squats sejuta kali hew hew 

      Situation 2

      Talib      : U! Berhenti!
      Talhah   : Ape u? Berhenti ape ni?
      Talib     : Berhenti berlari-lari dalam hati I 
      Talhah  : Hekeleh, ngade gile. Ingat apa la berhenti tiba-tiba ni. I lari dalam hati u ke?                   patut la rasa penat semacam je hehe
      Talib    : Tak pe la, kurus sikit, tak payah jog dah
      Talhah : =.=

      Sabar jelah dapat bf yang jenis kuat mengusik ni. Padahal aku tak adalah gemuk sangat, sikit je. Kalau ikutkan dia lagi gemuk kih kih

      Hari tu aku try lah timbang berat aku, mak aih 65kg! Gila ke apa, aku target berat dalam range 60-62kg je, tapi ni dah terlebih 3 kg la plak huhu. So sepanjang fasa pengangguran ni aku berjaya naik dalam 8kg! Wow just wow! Aku terkejut lah jugak sebab sebelum ni punyalah susah aku nak naik berat, even naik 1kg pun dah satu achievement yang sangat besar, sekarang berat aku naik dengan tanpa segan silunya. Hampas sungguh. Mungkin faktor penuaan juga play a role dalam menaikkan berat aku ni, entahlah I dont know kih kih

      So sebelum berat aku naik dengan kadar yang lebih drastik, molek lah kiranya aku cepat-cepat exercise dan jaga sikit pemakanan aku, kalau tak si Talib ni pun dah tak kenal aku dan cari lelaki lain, memang menangis lah kau Talhah wakaka

      So aim exercise aku sekarang adalah untuk mengembalikan berat aku dalam range 60-62kg dan mengempiskan perut aku yang terkadang kelihatan seperti mengandung 3 bulan huhu. Benda yang aku nak buat ialah :

      1) Jogging
      Kalau boleh ak nak buat 5x seminggu, kalau boleh la. Tak jauh pun dalam 2-3km pun cukup*padahal semput kalau lebih 3km huhu*. Yang penting istiqomah. Haa, part istiqamah tu yang susah sebenarnya kan, tapi nak tak nak kene motivated sikit la nak achieve body goal gitu.
      Jogging ni bagus ye kawan-kawan disamping dapat mengeluarkan peluh, kita juga dapat mencuci mata melihat makhluk-makhluk lain berjogging sekali hiks

      2) Diet
      I'm not really agree with atkins diet, somehow it works in some people yet banyak jugak la pros and cons beratkin diets ni kan. The aim here is to eat healthy with good proportion of carbo, proteins, fats and lain-lain lah. Sederhana is the key gitu. Kalau boleh kurangkan lah minuman manis macam air kotak/tin/ 3 in 1 etc. Satu lagi kalau boleh avoid makan yang berat-berat time malam, the best is makan 3-4 hours before tidur

      3) Weight training
      Fuh bunyi cam gempak je kan, padahal angkat dumbell 2-3kg tu je kih kih. Aku tak minat sangat pergi gym sebab rasa awkward kalau pergi sorang-sorang, tapi kalau ada yang sudi teman aku on je huhu

      Haaa cukup la kot plannya, aku try buat dalam masa sebulan, lepas sebulan aku akan try update kat sini dengan harapan target aku tercapai. Doakan please ye :p

      Talib      : U, kenapa air laut masin?
      Talhah   : Hm, macam pernah dengar. Air mata ikan duyung? *byk sgt tgk dvd aku ni
      Talib      : hahaha, muktamad?
      Talhah   : Tak, sebab matahari kot, ikan berpeluh? Kan? *apeni, jawapan apeni :p
      Talib      : Salah u, jawapannya air laut masin sebab yang manis semua ada kat u
      Talhah   : Ciaaa?? hiks

      ok bye. 

      Talhah, 12:49pm